AKTIVITI #2 : Konvoi ke Gunung Ledang,Sagil,Tangkak,Johor. (Bahagian 1)

SABTU (16.10.2010) - Ride to Ledang, yang diadakan pada pagi sabtu yang indah telah menarik lebih daripada 90 orang penunggang motosikal pelajar kolej risda,melaka.

Program konvoi yang dianjurkan MTM NR mendapat kebenaran daripada Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) cawangan Alor Gajah,Tangkak dan Polis Peronda Lebuhraya Plus.




Seawal 8.30 pagi lagi peserta konvoi mula membanjiri ruang tapak parkir berhadapan Perpustakaan dan menunggu peserta-peserta lain dengan penuh kesabaran. Pihak Polis cawangan Alor Gajah datang seawal jam 8.00 pagi walhal telah diberitahu pelepasan konvoi pada jam 9.30 pagi,mungkin Pihak polis terlalu 'excited' dengan konvoi yang nak diadakan pada hari tersebut.


Kuda Putih yang terpacak kat depan Pintu





Motokar pon turun tau!
















Setelah penat menunggu akhirnya cukup jugak peserta konvoi dan bersedia untuk bergerak, tapi sebelum tu kena 'ceramah' free tentang aspek kelengkapan motosikal dengan pak polis yang bertugas. Tu yang kes RXZ pakai sight mirror tu..hehe..


Atan sedang cek list nama peserta

"Bawak jangan merempit tau!"

patuhilah undang2 jalan raya..hehehe,





Sebagai seorang umat Islam, amatlah penting sebelum memulakan perjalanan dengan doa, seorang daripada sahabat NR membacakan doa sebelum bergerak. Amin ya ustaz.!


Amin,ya rabbal alamin.

"selamatkanlah perjalanan kami"
Eh,dah nak gerak ke?
Nanti dulu,bergambar dulu..semua motor baru basuh tu.. kilat-kilat lagi..


Omar & Sham 'orang kuat' MTM NR

Honda , the Power of  Dream.

Honda Ex5 = ?

Banner NR Motorclub bersama Marshall

135 LC

125Z

Kriss, Vespa off

Campur-campur

yeah!



Lagenda Z

Panjangnye....

Last Check,last check, ikat helmet ketat-ketat sikit,,

Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami bertolak ke tol Simpang Ampat, bagi pertukaran kawasan rondaan pihak polis dan Plus.


"lombat bobudak eih, ponat nunggu kek topi ni ha"



Marshall berkereta tq Paan

pit 'mana butang Noz kete paan nih?'
*sampai sini sahaja post blog konvoi bagi bahagian 1 ni, nantikan post bahagian ke 2.
Read more

AKTIVITI #1 : Rumah Terbuka Kolej Risda Melaka

RABU (06.10.2010) - Satu aktiviti anjuran bersama MPP,MTM NR,MTM dalam,Kelab Kembara,AGSOC,UP,Kelab Pujangga Warisan,Kelab Usahawan,Kelab,dan lain-lain telah mengadakan sebuah program Rumah Terbuka Hari Raya AIdilfiri.

Program yang berlangsung dari 8.00 malam sehingga 11.30 malam disertai oleh pelajar,pensyarah,staff dan seluruh warga kolej.

Program di kendalikan oleh dua orang pengacara Fikri dan Iskandar DP5, Pelbagai juadah yang disediakan pada malam tersebut antaranya menu wajib Hari Raya iaitu Ketupat,Rendang,Lemang,Nasi Himpit, Lontong, Soto, Mee Sup, Cucur Udang dan lain-lain lagi.
Makanan dan minuman di kendalikan oleh kelab-kelab.





Dan MTM NR mengendalikan Cucur Udang (Kueh Udang). Sahabat NR dan Ajk Tertinggi NR bersama-sama membina gerai seindah mungkin bagi memeriahkan suasana. (Terima Kasih semua).


Seperti biasa Shamsul selaku Pengerusi MTM NR sibuk mengendalikan gerai pada malam tersebut.



Sibuk Nye Shamsul.
 Acara dimulakan dengan sedikit ucapan dari tetamu dan pengacara hot dan sensasi.

Fikri Dan Iskandar
 Hiasan Pentas yang menarik bagi menjayakan Pertandingan Busana dan Battle Of The Band pada malam itu.

Pentas Utama
 Sudah dijangkakan Kalau ada Makan-Makan mesti ramai pelajar akan turun kan? Xpercaya? Ni Buktinya..

Pelajar Lelaki yang Kachak Bergaya!

Pelajar Perempuan yang 'Sweet', Sweet Ke? huhu..

Pensyarah pon datang tau!
 Setelah penat menunggu AKHIRNYA..tiba masa untuk makan.. yea!! semua dah xsabar-sabar nak makan.. Antara MANGSA yang menjadi kegilaan ramai ialah : 


Cik Ketupat

En. Rendang

Cik Soto

Cik Lontong

En . Mee Kari

Cik Nasi ter-Himpit
Dah puas tengok gambar makanan? Ni tengok gambar orang yang menjadi pemangsa kepada makanan-makanan tersebut. hehehe..


Makan Time!

Ada Pelita tau, baru la Raya!
Tepat pada jam 9.00 malam Pertandingan Busana dan Battle of The Band Bermula,dan ini lah para juri,peserta,dan pemenangnya :


Tukang Kira Markah a.k.a Juri

Pemenang Busana kategori SOLO tapi orangnya xsolo

Pemenang Kategori Duet
Pertandingan Battle Of The Band pula disertai seramai 8 kumpulan (kalau xsilap), dan Juara (Rimba), Kedua (Penchala) dan Ketiga (Hancos). Tahniah Diucapkan. (Maaf kalau nama Band salah eja)


Juara BOTB

Kedua BOTB

Ketiga BOTB
 Acara ditutup dengan upacara penyampaian hadiah,dan Bunga Api.. Poom! Poom!
Itu sahaja ulasan ringkas tentang Rumah Terbuka Kolej Risda Melaka Tahun 2010. Bagi yang datang dan menjayakan majlis diucapkan ribuan terima kasih bagi pihak Majlis Tertinggi Mahasiswa NON-RESIDENT. Bagi yang kalah dalam pertandingan 'memang suratan takdir', cuba lagi kat Kolej/U lain ok?

Assalamualaikum.
*Maaf Penggunaan bahasa yang agak kelam kabut.
Read more
 

Non-Resident Kolej Risda Melaka Design by Insight © 2009